Buah Noni atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia juga dikenali sebagai buah mengkudu diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan perubatan sehingga dikenali sebagai 'Ratu Tumbuhan'. Saintis pertama yang mengkaji tentang buah Noni ialah seorang ahli biokimia yang terkenal, Dr.Ralph Heinicke. Beliau turut mendapati kandungan proxeronine dan proxeronase dalam buah Noni. Maka, Dr.Heinicke telah merumuskan bahawa buah Noni ialah sumber terbaik pembentukan protein dalam badan manusia.

Tuesday, February 23, 2010

APA ITU NONI???

NONI tumbuh liar di kepulauan French Polynesia. Jika buah Noni ini matang ia akan menjadi keputihan dan pada umumnya akan mengeluarkan bau yang tidak enak.Terutama jika tumbuhnya di pinggir kubur. Noni atau mengkudu juga mempunyai daya penyerapannya sangat kuat sekali seperti pokok nanas. Pokok Noni akan menyerap apa saja yang ada didalam tanah sebagai sumber makanan.

Buah Noni atau Mengkudu ini sifatnya unik. Berbuah dulu baru berbunga. 1 buah lebih dari 1 bunga. Buah Noni juga jauh lebih besar dibandingkan dengan yang ada di Malaysia,Indonesia dan negara lain contohnya India. Daunnya pun besar. Pokok Noni ini tidak memiliki musim. Ia akan berbuah sepanjang tahun. Yang paling unik adalah jika buah Noni ini sering dipetik, buahnya akan tambah banyak.

Daunnya besar berukuran 15-50 x 5-17 cm dan berbentuk tunggal. Pucuk noni muda biasanya dijadikan sayuran atau ulaman. Ia kaya dengan vitamin A. Bunga noni pula kecil-kecil berwarna putih dan berbau agak wangi. Bunganya mempunyai dua jantina iaitu jantan dan betina. Buahnya bulat sebesar telur ayam, permukaannya agak berkerutu. Ketika muda buahnya berwarna hijau dan akan bertukar menjadi kuning apabila masak. Mengkudu membiak melalui keratan batang dan biji benih. Biji noni berwarna hitam dan boleh bertahan selama 6 bulan. Ia akan bercambah setelah 3-9 minggu disemai. Ia akan mula mengeluarkan buah setelah lebih kurang 3 tahun ditanam dan akan mengeluarkan buah sepanjang tahun selama lebih dari 25 tahun. Noni mula di komersialkan di Hawaii pada tahun 1993 setelah para saintis membuat kajian mengenai khasiat perubatannya.

Sebenarnya buah noni telah tercatat dalam manuskrip purba sebagai salah satu bahan utama dalam ramuan perubatan.

Saintis pertama yang mengkaji tentang buah noni ialah seorang ahli biokimia yang terkenal, Dr. Ralph Heinicke. Beliau turut mendapati kandungan proxeronine dan proxeronase dalam buah noni. Maka, Dr. Heinicke telah merumuskan bahawa buah noni ialah sumber terbaik pembentukan protein dalam badan manusia.

Dalam kajian fisiologi Dr. Heinicke, beliau mendapati proxeronine penting untuk mensistesis alkaloid xeronine. Xeronine ialah sejenis protein yang hanya dapat dihasilkan dalam usus manusia. Kekurangan xeronine boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit.

Bagi Dr. Amarullah H. Siregar, DiHom, DNMed, Msc, Phd beliau mengatakan kandungan bioaktif dalam noni atau mengkudu ini mempunyai kemampuan untuk merevitalisasi sekaligus meregenerasi sel-sel syaraf dan berperanan penting dalam meregulasi system kardiovaskuler. Selain meningkatkan stamina, noni juga mampu menormalkan fungsi sel dan membunuh cancer yang aktif pada tubuh. Sebab itulah menjadikan buah noni yang berasal dari Tahiti ini meraih Top 10 Cancer Treatment dari The American Association for Cancer Research. Jika diamalkan secara berkala,ianya boleh dianggap sebagai tindakan preventif yang tepat.

No comments:

Post a Comment

CONTACT FORM

Subject: *
Your Name: *
E-mail Address: *
Message: *

* RequiredCreate Email Forms